Sejarah Peluru berpandu balistik

Peluru berpandu V2 Jerman telah membuktikan bahawa peluru berpandu balistik mampu membawa bahan letupan ke bandar sasaran tanpa dapat dipintas, dan penggunaan senjata nuklear menjamin kerosakan yang besar apabila mengenai sasaran. Ketepatan sistem ini pada awalnya agak rendah tetapi tidak begitu penting disebabkan kekuatan bom nuklear yang digunakan, tetapi pembangunan selepas perang telah memperbaiki konsep pelantar inersia sehingga ke tahap ia mampu digunakan sebagai sistem pemanduan bagi ICBM yang terpaksa terbang beribu kilometer ke sasarannya. Pada hari ini peluru berpandu balistik hanyalah merupakan penghalang strategik dalam kebanyakan doktrin angkatan tentera. Penekanan Tentera Udara Amerika Syarikat kepada pesawat pengebom yang mempunyai pemandu dianggap berasaskan langkah politik semata-mata.

Kebanyakan peluru berpandu balistik moden mempunyai beberapa tahap roket dan arah mereka mampu ditukar sedikit dari satu tahap ke tahap yang lain. Ini adalah untuk mengelak kepala peledak berjaya dipintas oleh peluru pemandu pemintas.

Peluru berpandu balistik berbeza dari jarak dan kegunaannya, dan sering dibahagikan bergantung kepada jarak. Sebagai contoh, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) adalah peluru berpandu balistik jarak jauh (jarak lebih dari 5500 km). Peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana sering juga dikenali sebagai peluru berpandu balistik pertempuran.